Thursday, May 20, 2010

nAsiHaT aYaH iBu UnTuKmU

+ Anakku..
+ Bila kau sudah maju ke hadapan
+ Sesekali tolehlah ke belakang
+ Agar tidak kau lupa
+ Bagaimana susahnya menjadi
+ Seorang manusia berguna

+ Anakku..
+ Bila kau berjaya ke kemuncak langit
+ Sesekali pandanglah rumput di bumi
+ Agar tidak kau lupa
+ Tanah tempat asalmu

+ Anakku..
+ Bila kau sudah mencapai segalanya
+ Janganlah kau mendabik dada
+ Kerana Tuhan itu Maha Berkuasa
+ Dalam sekelip mata kau akan menjadi
+ Seorang yang meminta-minta

+ Anakku..
+ Apabila kau telah mendapat apa yang kau impikan
+ Bersyukurlah kerana Dia adalah segala-galanya
+ Jangan sekali-kali kau lupa
+ Bahawa semua itu hanya sementara

+ Anakku..
+ Jika kau gagal mencapai apa yang kau impikan
+ Janganlah kau kecewa menyalahkan takdir
+ Kerana itu adalah sikap yang dibenci olehNya
+ Dan jadilah seorang manusia yang bertaqwa

+ Anakku..
+ Hanya itu nasihat dari ku+ Buat bekalan di hari depanmu
+ Doaku sentiasa mengiringimu
+ Insyallah keberkatan dunia dan akhirat bersamamu
+ Semoga nasihat ini terpahat di sanubarimu



by Nurlisa_KeDaMaiAn yAnG AbADi....

c0py sharing from: http://www.flickr.com/photos/aeyie/4304624147/



~dgrlah nasihat ibu & bapa kita...semoga kita mnjadi ank yg soleh & solehah, didunia & diakhirat...:) >

No comments:

Post a Comment

life too short.....-_-